Tuesday, 13 January 2015

Untunglah rezeki anak dapat menyusu.

Situasi 1

A : Nak ke mana tu?
B : Nak pergi ladang.
A : Ladang?
B : Nak pergi mengepamlah...Dah bengkak dah rasa. Sakit. nanti basah pulak baju ni.
A : Oh...faham-faham
B : Selalu time ni memang dah bengkak.
A : Lepas tu nanti pam simpan mana?
B : Peti ais bilik guru kan ada.
A : ye jugak kan. Habis tu balik rumah bagi anak minum ke?
B : A ah, simpan buat stok bagi pengasuh. Memang minum susu ibu jelah. Hasrat di hati ni memang nak susukan Iqram sampai  2 tahun.
A : Banyak ke susu?
B : Adalah, cukup untuk rezeki anak.

Inilah antara  perbualan mereka yang tahu saya membawa beg mengepam untk pergi mengepam. Selesai sahaja mengepam, saya akan bergegas naik ke bilik guru untuk menyimpan stok susu di peti ais. Saya selalu tak bawak 'ice-pack' untuk letak dalam 'cooler bag' tu. Sebab saya lebih mudah simpan dalam peti. kalau ada mata yang menjeling tu, nampak saya nak simpan susu, mesti ramai yang tegur. Syoknya tengok susu As, banyak! Nampak pekat pulak tu. Tak payah beli susu tepung dah. Saya tersenyum je lah sebab, inilah rezeki anak. Disebabkan dah berhasrat nak menyusukan Iqram, saya pun dapatkanlah Set Penyusan  Shaklee . Sejak dari dalam pantang saya cuba dan ternyata, saya tidaklah mudah letih. Maklumlah, meyusukan anak bukanlah perkara yang menyegarkan, sebaliknya menyebabkan keletihan sekiranya semua zat telah disalurkan ke anak. Jadi, badan kita kenalah topup dengan makanan tambahan supaya tidak mudah mengalami kelesuan. Kalau dah lesu tu, letih, nak buat kerja-kerja rumah lain pun jadi malas. Sebab dah letih. Bila dah berlaku macam ni, mulalah nak datang stress kan.

Bila dah mengepam, saya boleh dapat 8oz sekali mengepam kiri dan kanan. Alhamdulillah. Masa Adam dulu, dapat 4oz je . Memang Set Penyusuan Shaklee ni banyak membantu saya dalam proses saya untuk sihat dan menyusukan Iqram. Sekarang dah hampir 1 tahun 5 bulan Iqram menyusu. lagi 7 bulan untuk diteruskan. Saya akan upkan momentum untuk terus menyusukan anak.

Ada pendapat kata, saya juga menyusukan anak tanpa sebarang makanan tambahan. Berjaya sampai 2 tahun. Tiada masalah. Pada saya, terpulang masing-masing untuk sedar akan kepentingan menjaga kesihatan. Pada saya yang masih menyusukan anak ni, dapat rasa Effect dia bila makan makanan tambahan. Badan lebih cergas dan ceria. Segala vitamin dan mineral itulah juga akan turut dikongsi kepada anak kita. Bayangkanlah kalsium yang diperlukan oleh bayi melalui susu ibu itu akan menyebabkan si ibu kehilangan kalsiumnya.. nanti dah tak sampai umur 50 tahun dah sakit macam-macam. puncanya salah satunya ialah kemerosotan kalsium dalam tulang yang akhirnya terbongkok-bongkoklah wanita pada usia itu. Nak macam tu? nak letih selalu bila menyus? kalau rasa tak nak, booleh lah cuba Set Penysuan Shaklee ni. memang terbaik.

1 comment:

  1. alhamdulillah.. rezeki anak masing2. semoga anak mmbesr dgn sihat

    ReplyDelete