Saturday, 10 January 2015

Mama Cantik Tak?

Keletah anak-anak memang melucukan , mencuit hati. Kadang-kadang pulak menyakitkan hati sebab menyusahkan kita. Dah nama kanak-kanak hatinya dan jiwanya masih perlu dibentuk dan dibaja dengan kasih sayang. Tak dinafikan keletah anak-anak juga lah penghibur hati di kala hati dilanda lara yang amat. 

Dua orang hero ni pun dah cukup membuat mama pening. Tapi itulah yang membuat kita bahagia. Syukur kerana dikurniakan 2 hero ni sebagai teman di rumah ketika suami tiada. Alhamdulillah.

Disebabkan Adam Darwisy dah pandai bercakap, iq dia boleh tahanlah. Hati mereka jujur. Jadi saya suka bertanya pada si Adam. 

Mama: Cepatlah, kita nak keluar ni
Adam: Nak pergi mana? Giant? Adam nak beli mainan
Mama: Tak habis-habis mainan. Cuba tengok mama ni, cantik tak?
Adam: Cantik. Mama cantik, Adam cantik, semua cantik.
Mama: Pandai. Meh sini mama nak peluk.
(Peluklah sebagai tanda pujian dan sayang kerana berkata yang indah dan baik)

Adam: Mama makan apa tu?
Mama: Ubat (telan Vitamin C)
Adam:Adam nak jugak.
Mama: Yang ni mama punya. Adam punya kejap lagi. Ni mama nak bagi cantik kulit mama. Dah jom kita pergi kedai.
Adam: Yeay!! Adam nak roti. Roti stawberi...
Mama: Okay, pergi kemas mainan dulu.

Seronok bila anak dah pandai cakap. Lagi seronok bila dia puji kita. Hehehe... Siapa tak suka dipuji ye kan? Mama nak cantik untuk papa jugak. Sebab tu mama kena ambil Set Cantik Natural Asas dari Shaklee. Memang awesome. 

Nak tau apa Set Cantik Natural Asas? Jom hubungi saya 0197765641. Saya sudi membantu.


No comments:

Post a Comment