Tuesday, 13 January 2015

Masalah Kesuburan Punca Utama Wanita Sukar Hamil?

Apabila pasangan mendirikan masjid, sudah tentu pasangan menginginkan kebahagiaan dengan memperoleh cahaya mata sebagai penyeri. Bukan itu sahaja, suara-suara sumbang daripada saudara-mara yang asyik bertanya "bila nak dapat anak?" ni menambahkan lagi kerunsingan pasangan jika perkahwinan sudah lebih setahun atau dua tahun tetapi masih belum menunjukkan tanda-tanda kehamilan. Dalam hal ini, setiap pasangan seharusnya, pada pandangan saya mengambil langkah proaktif dengan mencuba cari penyelesaian berjumpa pakar dan yang arif dalam isu mendapatkan cahaya mata.





Kepada kaum perempuan, barangkali ada beberapa masalah yang perlu dikenal pasti untuk mengatasi masalah sukar mendapat cahaya mata seperti faktor kesuburan. Jangan malu kerana mendapatkan cahaya mata adalah perkara mulia. Buat kaum yang ingin bergelar bapa pula, jangan ego dalam menjalani rumah tangga. berjumpalah pakar yang arif, mana tahu anda juga mempunyai masalah kesuburan lelai seperti kemerosotan bilangan sperma yang menyebabkan isteri anda sukar hamil.

Antara faktor yang menyebabkan pasangan sukar mendapat zuriat adalah kesuburan. Di dalam blog Dr Zubaidi, beliau menyatakan  wanita yang mempunyai masalah kesuburan terbahagi kepada dua :-
  berumur dibawah 35 tahun tidak hamil setelah 12 bulan berkahwin tanpa menggunakan alat pencegah kehamilan ketika bersama



  berumur diatas 35 tahun tidak hamil setelah 6 bulan berkahwin tanpa menggunakan alat pencegah kehamilan ketika bersama

Antara masalah yang menyebabkan wanita sukar hamil adalah seperti

1.  Adenomyosis

 2. Endemetriosis


3. Fibroid


4. Tiub Fallopian tersumbat


5. Kanser Ovari



6.  Telur tidak matang
7. Period tidak teratur
8. Obesiti
9. Lanjut usia

Agak ngeri kan melihat foto-foto di atas. Foto-foto di atas dipetik daripada facebook Dr. Hamid Arshat. Bagi mereka yang mengalami masalah haid tidak teratur, segeralah dapatkan rawatan. Jangan malu, jika kita malu, masalah makin melarat, stress pun muncul. Sayangilah aset yang paling berharga buat wanita ini.

Walaubagaimanapun, saya dapat membantu anda mengatasi masalah kesuburan dengan pengambilan Set Kesuburan Shaklee. Cubalah dulu kerana makanan tambahan Shaklee adalah berdasarkan kepada sumber asli dan original. Banyak testimoni telah berjaya dalam usaha mendapatkan cahaya mata idaman dan mengatasi masalah kesuburan. Yang penting adalah usaha dan bertawakallah pada Allah S.W.T. Hubungi saya di 0197765641 untuk saya bantu.


No comments:

Post a Comment