Tuesday, 6 January 2015

Alfalfa Banyakkan Susu Ibu

Hari ni dah masuk 1 tahun 4 bulan saya menyusukan Adli Iqram, anak kedua saya. Syukur Alhamdulillah, saya amat berharap penyusuan ini dapat diteruskan sehingga adik berusia 2 tahun. Ada juga yang tanya, makan apa susu banyak?

Perkara pertama yang perlu diingatkan bahawa untuk banyakkan susu, kita sendiri perlu ada rasa dan keyakinan bahawa susu untuk anak sentiasa ada dan cukup untuk anak yang disusukan. Ingatlah bahawa keyakinan kita tu juga merupakan suatu doa kepada diri kita sendiri.
Adli Iqram 7 bulan


Kelahiran Adli Iqram saya hasratkan impian saya untuk menyusukannya sehingga usia 2 tahun. Semoga anakanda saya ini dapat merasa nikmatnya susu ibu sehingga 2 tahun yang saya impikan. In Sya Allah, doakanlah bersama.

Apabila hangat ibu-ibu muda ketika ini ingin meyusukan, saya juga turut bertanya ada rahsia semasa menyusukan ini? Mereka mencadangkan supaya saya mengambil makanan tambahan dari Shaklee. Jadi saya bermula dengan pengambilan Set Mengandung dari Shaklee semasa mengandungkan Iqram dan seterusnya Set Menyusu semasa dalam pantang dan diteruskan sehingga ke hari ini.

Set Menyusu Lengkap Shaklee.
1. ESP- Energising Soy Protein
2. Alfalfa
3. Vitalea
4. Ostematix
5. Vitamin C
6. B-Complex


Alfalfa
Saya kongsikan dahulu kelebihan yang dimiliki oleh Alfalfa.


Alfalfa merupakan sejenis daun yang dipanggil medicago sativa yang dikenali juga sebagai "Raja Segala Tumbuhan" 



Khasiat daun alfalfa, selain membanyakkan susu ibu:

1) Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia. 
 
2)Galactagouge - Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu ibu (milk booster).

3) Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas.

4) Membantu membuang angin dalam badan.

 
5) Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan.

6)Melegakan sakit sendi dan belakang

7)
Menghilangkan kelesuan dan tekanan.

8)Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)

9)Memberi kelegaan semasa haid

10)Merawat arthitis


11)Bagus untuk asma, resdung, elergi, gegata dan ekzema

12)
Mencuci usus bagi membuang toksik

13)Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
 


14)Meneutralkan asid dalam badan

15)
Merawat masalah keputihan pada wanita

16)
Membesar dan menegangkan payudara 


17)Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri

18)Memulihkan urat selepas bersalin

 
19)Membantu masalah penghadaman dan pencernaan

20)Meningkatkan stamina seorang suami


21)Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!!

22)
Dan banyak lagi untuk disenaraikan



Saya suka alfalfa sebab 3 perkara di atas, sebab itu saya boldkan dan besarkan. Tak payah lagi nak cari kacip fatimah atau jamu lain. Kira multipurpose gitu. Hehehe....Untuk ibu yang menyusukan bayi pula, alfalfa merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu. 

Yang terbaik tu untuk kita. Kita je yang boleh tolong diri sendiri. Orang lain tak boleh. Boleh hubungi saya.



AMARAN : Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE 




2 comments:

  1. nanti da beranak nanti baru kite consume. hehe skrg alhamdulillah da masuk 6 bulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah Ain. Jaga kandungan elok-elok ye. Terima kasih lawat blog akak.☺️

      Delete