Hal ini pada fikiran saya, wanita membina kerjaya untuk stabil dan berada pada kedudukan yang agak baik. Ada sesetengah menganggap berkahwin pada usia 30 tahun juga masih terlalu awal. Hal ini mungkin menyebabkan perkahwinan mereka memakan masa 3-4 tahun lagi.
Namun begitu, bagi lelaki, ada juga yang takut untuk mendekati wanita sebegini kerana status mereka yang agak serius dan tidak manja. Lelaki memng suka dimanja. ini pendapat peribadi. Jangan marah kalau anda bukan begini. Tetapi bagi lelaki, ada jugak yang fikir, kalau kahwin dengan perempuan macam ni, nanti dia fikir dia bagus pulak. Jadi, mungkin tercabar semangat kelelakiannya. Heheheh...
Pada pandangan saya, kahwin lambat atau awal itu adalah jodoh ketentuan Allah. Perlu diingatkan, pada usia 30 tahun, perempuan sudah sangat matang. Macam saya. hehehe... Tahun 2015 saya dah masuk 30 tahun. Subhanallah, bertambah usia maka bertambahlah dekat dengan kematian. Sekadar peringatan. Berbalik kepada kahwin lewat, pada saya ketika ini bukanlah isu besar.
Ada juga yang berkahwin pada usia awal dan bercerai. Bahagiakah begitu? Dan ada juga yang berkahwin setelah menginjak 17 tahun perkahwinan pun becerai. Tak kurang juga yang baru 3- 4 tahun kahwin sudah bercerai dan hampir bercerai. Bahagia atau derita?
Jadi kahwin lambat bukanlah masalah yang besar pada saya. Boleh jadi, perempuan itulah yang membantu ibu bapanya apabila adik-beradik yang lain sibuk dengan keluarga yang dibina. Pahalanya lebihkan bila kita menjaga ibu bapa. Boleh jadi juga, perempuan yang kahwin lambat itu lebih memahami ilmu agama yang perlu digali sehingga hujung usia.
Pandangan serong masyarakat terhadap perempuan yang kahwin lambat patut ditukar. Masyarakat kita sekarang ni selalu fikir yang buruk-buruk je. Jom tukar jadi kepada fikiran positif. Fikir yang baik, maka baiklah jadinya. In Sya Allah.
Saya teringat kawan saya berada di Perak, senior semasa di UPM dahulu. Masih belum berkahwin. Beliau juga seorang guru. Tahun 2015, beliau berusia 31 tahun. Sedangkan saya tahun ini sudah masuk usia 30 tahun, dua anak. Namun begitu, pada suatu sisi saya melihat kehidupan beliau jarang nak ada masalah. Yang paling penting, kehidupan beliau banyak digunakan untuk menambah ilmu agama. Jika nak dibandingkan dengan saya, ilmu agama pun cetek, dan masih belajar. Banyak yang perlu dipelajari tetapi kadang-kadang kekangan waktu, sibuk dengan kerjaya, sibuk dengan keluarga. Masalah di tempat kerja dan kadang kala stress bila balik rumah. Balik rumah nak urus rumahtangga. Siapa yang lebih bahagia?
Jadi pada saya kahwin lambat pada zaman sekarang bukanlah suatu masalah. Kawan saya tinggal bersama ibu bapanya. Adik-adik pun belajar lagi. Beliau yang banyak membantu keluarganya. Beliau bukanlah keluarga yang senang. Ada ketika, jika cuti sekolah, setalah 8 tahun kerjaya sebagai guru, saya lihat beliau boleh makan angin. Mengambil peluang sebagai seorang yang bujang. Saya, kadang-kadang nak bercuti pun fikir banyak kali. tetapi itu bukan soalnya. Kadang-kadang cemburu juga melihat merekayang bujang ni bercuti bersama-sama. Cuti bersama kawan sejantina ye. hehehe... tetapi Allah dah takdirkan kita. Kita yang meilihnya Itu jalannya. Jadi redhalah kita. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Kahwin lambat bukanlah masalahnya.
![]() |
Perkahwinan saya dan suami di sebelah Pahang. Jangan marah ye abg kalau ayg upload pic ni. Heheh |
Kakak saudara saya seorang Engineer di Pulau Pinang. Sekarang sudah berusia 40 tahun. Juga belum berkahwin. Beliau juga ada mengusahakan butik pengantin secara "part-time". Dah nama Engineer, graduasi Jepun lagi, cantik tau. Masih belum berkahwin. orang mesti akan kata, beliau seorang yang memilih. Saya sangat yakin suatu sisi kehidupan beliau banyak melakukan perkara yang positif yang tak terjangkau akal kita. Yang kadang-kadang kita tak mampu nak buat.
Yang dah berkahwin dengan masalahnya. Kahwin awal mungkin lambang kejayaan. Tapi, kalau lepas kahwin banyak yang kurang, misalnya, anak-anak kurang kasih-sayang dan kurang perhatian apa gunanya tak? Dah masuk 30 tahun ni, pemikiran saya semakin meluas harapnya. Saya pun kena ubah persepsi saya. Pada saya sekarang ni, kahwin awal tetapi keintelekan tersekat, sumbangan terhadap agama pun terhad, sumbangan terhadap bangsa dan negara terencat, tiada gunanya juga.
Pandangan masyarakat terhadap mereka yang kahwin lambat perlulah ubah. Bukanlah maknanya tak payah kahwin, sedangkan sunnah Nabi kan berkahwin. Tetapi kita tak patut lemparkan pemikiran negatif. Sumbangan mereka yang berkahwin lambat ni amat diperlukan. Sebab itulah mereka berkahwin lambat.
Yang kahwin muda atas tuntutan nafsu tu selalunya tak bahagia. Jadi ubahlah persepsi kita. Ada yang kahwin atas tuntutan nafsu gaya hidup masih belum berubah. Sudah kahwin masih pergi ke tempat tidak elok. Masih lepak lama-lama. Masih berpasang-pasangan dengan yang bukan muhrim. Mudah melenting bila berlaku perselisihan. Saya juga selalu begitu. Mudah melenting.4 tahun belrlalu, jadi saya juga perlu ubah persepsi terhadap diri dan orang lain.
Maknanya, kahwin lambat tu ada hikmahnya. Kerana apa? Kerana perempuan yang lambat kahwin tu, sudah matang. Jadi pemikirannya juga lebih terbuka dan sudah bersedia dengan tanggungjawab. Kahwin awal tetapi belum besedia dengan tanggungjawab juga tiada gunanya kan.
![]() |
Bersyukurlah. |
No comments:
Post a Comment