Sunday, 28 December 2014

Kisah Banjir Di Pantai Timur- Fitnah dan Bantuan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebagai penduduk luar Pantai Timur, saya amat bersimpati dan sedih atas bencana banjir yang telah menimpa Pantai Timur. Rasanya yang paling teruk ialah Kota Bharu dan Kuala Krai. Maaf jika salah info. Membaca status Raja Shamri, update dari beliau, memang akan buat hati kita tersentuh, komunikasi melalui whatsapp menjadi bukti banyak lagi bantuan diperlukan. Ya Allah, permudahkanlah. Ampunilah kami yang sering khilaf ini.

Banyak pihak juga yang menangguk di air keruh dalam keadaan mangsa banjir kesejukan dan kelaparan. Masih ada yang ambil kesempatan berniaga di kala ramai yang memerlukan bantuan. Hati apakah ini. Bantuan bot pun perlu dibayar sewa saat-saat genting. Oh, yang dimaksudkan di sini bukanlah dari agensi yang tidak ikhlas ye, tetapi yang mengambil kesempatan. Bukakanlah hati- hati manusia begini supaya membantu dengan ikhlas.  Hanya Allah mampu membalas.

Ya, jika saya ada banyak duit, dan kaya, saya akan membantu dengan bantuan bot dan heli yang amat diperlukan itu. Permudahkanlah hasrat untuk jadi kaya. Saat beginilah rasanya saham akhirat boleh dikumpul. Teringat pula Master Farah Wahida. Walaupun saya tak kenal dia, tapi dari status dia menunjukkan dia sangat komited untuk membantu warga Kelantan. Saya bukan orang Kelantan. Tiada langsung darah Kelantan. Tapi sungguh kagum dengan  aura dan semangatnya walaupun difitnah. Pada saya beliau diuji Allah dengan begitu hebat. Pada asalnya, dana yang dikumpul yang dimasukkan ke akaun Fawa Enterprise bertujuan menyewa helikopter  untuk menyelamatkan mangsa banjir. Tetapi apabila pasukan keselamatan telah pun mengambil alih tugas itu, beliau menyalurkan pula kepada bantuan dari segi makanan dan keperluan lain. Banyak update fb dari beliau memerlukan bot, dan pacuan 4 roda untuk membawa bekalan  ke Pusat Bantuan Banjir. Itupun masih ada yang ambil kesempatan nak kata akaun syarikat beliau PALSU. Masya Allah, fitnah kepada beliau sangat menguntungkan beliau kerana besar pahalanya. Ada penulis blog ambil kesempatan nak up traffic. Keep it up Master Farah. Ramai lagi yang menyokong. Allah tahu niat kak Farah.

Kepada sesiapa yang nak bantu, saat ni lah kita nak kumpul saham akhirat. Jom sama-sama bantu.



Ini ialah antara saluran yang boleh dibantu. Kami berhasrat menyumbang makanan dalam bentuk packing yang siap boleh dimakan dari bungkusan memandangkan keperluan memasak seperti gas dan lain-lain sukar tiba cepat. Kalau tak percaya boleh call no di atas untuk kesahihan. Kami berurusan dengan Brahim's. Ini adalah masa untuk kumpul saham akhirat. Jomlah sama- sama kita menyumbang. Jangan kata ni akan masuk akaun personal ye.... Jangan lagi ditabur fitnah. Jom kita beramal.

No comments:

Post a Comment