Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w. b. k. dan selamat sejahtera.
Dalam sibuk saya menguruskan anak-anak dan persiapan keluarga, adakala timbul juga rasa stress. Kenapa boleh rasa stress dalam diri ni? Sebabnya banyak benda kita nak fikirkan. Ibu bekerja mesti faham keadaan ni, Macam tu jugaklah saya yang kerja makan gaji. Keutamaan di rumah kadang kadang tidak dapat diuruskan dengan baik dan kadang-kadang selalu sampai suami mulai bising. Bising di sini termasuklah hal-hal kemas rumah dan kebersihan rumah. Teruk rasanya bila ditegur macam tu. rutin macam tu pun berulang. Pergi kerja, balik kerja, urus anak-anak, masak dan selalunya akan letih ditambah dengan masih menyusukan anak. Letih dan stress. Dalam hal ni, bila fikir-fikir dan share dengan kawan yang seangkatan dengan saya...maksudnya anak-anak masih kecil, memang sesuatu perlu dibantu bagi ibu bekerja.
TOLONG BANTU DIRI SENDIRI! Dalam erti kata lain, jaga kesihatan diri baru boleh bantu jaga ahli keluarga lain. So, masa tu mengandung Iqram,
Saya diperkenalkan dengan Shaklee oleh Nurul Aini. Masa tu tak jadi ahli dan tak terfikir pun nak jadi ahli. Beli dan makan Set Ibu Mengandung sebab memikirkan letihnya nak urus Adam nanti. Masa berlalu, dan Iqram selamat dilahirkan.
Cabaran terbesar ialah penerimaan orang baru dalam hidup Adam. Saya rasa sangat stress dengan suami kerja tak tentu masa. Maklumlah polis banyak kerja malam. Jadi, masa siangnya banyak tidur dan pada waktu sianglah kita pulak sibuk bekerja, jadi kuranglah bantuan suami. Stress tau...stress.... Tapi Alhamdulillah, makan B-Complex ni, lepas Iqram lahir. Stress tetap ada cuma boleh kontrollah. Taklah nak meroyan sangat...takpun nak marah sangat. Boleh kawal rasa tak kisah sebab kita boleh urus.

Masa berlalu, dan stok B-Complex dah habis. Saya tidak restok. Mungkin sebab faktor kewangan atau mungkin sebab rasa dah boleh kawal sendiri rasa stress. Masya Allah, ujian melanda dalam kehidupan rumah tangga. Sekarang saya terfikir mengapa saya tidak meneruskan pengambilan B-Complex ni? Sebab harga. Sebab rasa dah ok. Sebab rasa tak perlu. No no no....memang saya perlu bantuan. Saya semakin stress dengan keadaan rumah tangga. Sekarang Allah gerakkan saya, makanlah balik B-Complex ni. SILA WAJIB MAKAN B-COMPLEX!!!
Bulan 6, ketika orang lain sibuk menyambut bulan puasa, saya dilanda kemelut rumah tangga yang memberi pengalaman yang menginsafkan. Bulan 7, ketika orang lain sibuk berpuasa dan menyambut kedatangan Aidilfitri, saya dilanda pilu. Kemelut itu berlalu sehingga bulan 9. Perlahan-lahan saya cuba untuk memahami mengapa saya perlu melalui semua itu. Kini, saya memahami bahawa, Allah menguji semua itu untuk memberi teguran kepada saya yang alpa dan lalai. Saya perlu bantu diri saya untuk bantu diri orang yang saya sayang. Sekali lagi, SILA WAJIB MAKAN B-COMPLEX!!!. Mengurangkan stress saya. Tahan sedikit tekanan. Keadaan marah boleh dikawal. dan saya perlu beri banyak peluang kepada diri supaya boleh beri peluang kepada orang yang saya sayang.
BAGAIMANA B-COMPLEX MEMBANTU SAYA?
1) Menukarkan makanan kepada tenaga - B Complex Shaklee membantu proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
2) Melawan Tekanan - B Complex Shaklee memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
3) Membantu Tumbesaran - B Complex Shaklee menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal pada bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
4) Kesihatan Rambut - B Complex Shaklee memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. Ni sangat bagus bagi mereka yang ada masalah kekurangan rambut.
5) Kesihatan Mata - B Complex Shaklee mengurangkan masalah keletihan mata, katarak, meningkatkan kualiti penglihatan dan memperbaiki memori serta daya fokus anda.
6) Mengurangkan risiko mendapat anemia - B Complex Shaklee membantu pembentukan Sel Darah Merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam badan, memperbaiki kesihatan kardiovaskular, anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.
7) Meredakan Senggugut - B Complex Shaklee baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutama bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
8) Mengurangkan risiko mendapat Perleche - B Complex Shaklee boleh mengurangkan risiko penyakit kerekahan mulut (mouth chilitis), jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.
9) Detoksifikasi - Meredakan Alahan.
Yang perlu difahami di sini ialah bagaimana sebenarnya stress ni datang. Bila kita berfikir dan terus berfikir, tenaga kita dah habis guna. Bila dah habis guna, katakan kita tak makan lagi, mana nak dapatkan tenaga. Tu pentingnya B-Complex ni. Sekarang baru sedar. Tak sedar-sedar lagi saya. Dengan B-Complex ni, baru rasa dapat berfikir dengan baik. sebabnya, B-complex akan tukarkan makanan yang dalam badan kita ni ke dalam bentuk tenaga. tu yang boleh tak stress.
Apa-apa yang saya tulis ni benda yang saya nak semua tahu bahawa perkongsian adalah suatu pelajaran dalam hidup. Tapi kalau kena berkongsi kasih?....heheh....Redha dan sabar. Apa-apa pun, kebergantungan kepada Allah adalah sesuatu yang kita tidak boleh abaikan.
Perkongsian ilmu harus dikongsi.
Sebarang pertanyaan. Whatsapp/SMS/Telegram
0197765641