![]() |
Shariman |
Hari Jumaat lepas, 6 April 2018, hari sukan sekolah tempat As bertugas. As diberi tugas, bahagian pendaftaran. Alhamdulillah, cuaca baik, tak terlalu panas, dan tak hujan jugak.
Tahun ni As tak dapat nak membantu rakan seguru dalam persiapan rumah Shariman. Hari Khamis sebelum sukan, As menemani Kak Zura ke DKLS Award untuk pencapaian terbaik kurikulum dan kokurikulum di DKLS Hub, Sitiawan. Maka bila balik un dah 4.30 petang sampai rumah, nak keluar semula menjenguk rakan-rakan membuat persiapan dan anak-anak Shariman, tak tergerak rasanya tubuh ni ditambah pulak dapat melihat si Adam dan Adik. Tahniah kepada rakan-rakan guru sesi petang Shariman, tahun ni, mereka menghias rumah Shariman dengan tema Vampire.
![]() |
Tai Swee Kee |
![]() |
Mc Graw |
Secara keseluruhannya, Shariman juara pada tahun ini. Tempat kedua, Rumah Mc Graw, ketiga, DC Gong dan tempat keempat Tai Swee Kee. Tahniah kepada semua anak-anak ACS dan rakan guru atas komitmen yang diberikan.
Paling As seronok sudah tentulah apabila acara guru dan ibu bapa. Acara tahun ini ialah 4x50m. Jadilah 50m, tak boleh panjang sangat distance. Sebab yang nak berlarinya ada yang dah berusia 40-50an dan jarang bersukan, nak kena pecut pulak kan.....huhuh....nanti ada yang kena naik ambulance.....
![]() ![]() |
Gelagat bila dapat hadiah...... masa terima hadiah ni, macam-macam cerita........ |
![]() |
4x50m |
![]() |
DC Gong |
Alhamdulillah, dalam acara 4x50m ni, As pun join jugak. Paling menggembira bila team As, Shariman juara kategori guru perempuan dan ibu. Lagi bertambah happy samai nak masuk dalam diari blog yang dah bersawang ni. As tak boleh lupa semasa acara penyampaian hadiah, juara ambil sendiri dari dulang hadiah sebelum sempat penolong kanan sampaikan pada pemenang. Kami yang berada di situ tak berhenti gelak. Keluar semua hormon gembira atau hormon endorfin.
Sumber Gambar dari facebook rakan guru dan